Tuesday, 12 July 2011

SAJAK BUAT GURU

`GURU O GURU`

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

AKTIVTI SEKOLAH KEBANGSAAN ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA


PERBARISAN PASUKAN TKRS SEKOLAH 
SEMPENA HARI KOKURIKULUM




PERSEMBAHAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN 
ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA MEMERIAHKAN
 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.


PERSEMBAHAN MURID PADA HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN 2011.





MUTIARA KATA

“Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap
inci langkah kita, semalam adalah teladan
serta pengajarannya …..
dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah
kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam
menerokai sebuah penghidupan…..”

SINOPSIS ARTIKEL

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.
Perubahan yang sedang melanda dunia pendidikan merubah kandungan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran. Ini termasuklah pembelajaran tentang komputer perisian, menyelenggara dan memproses data serta penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar (Jamaluddin, 1989). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis, 1989).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi  (PPK, 1993; Jamaludin, 1989). Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Pelajar yang menggunakan komputer dalam mata pelajaran Matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Internet pula menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang Matematik. Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada pelajar dan pendidik dengan melancarkan Projek Jaringan Pendidikan.

Monday, 11 July 2011



SEKOLAH KEBANGSAAN ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA


KELAS LINUS YANG CERIA






REAKSI PELAJAR KETIKA PROSES PENGAJARAN
 DAN PEMBELAJARAN



TEKUN MELENGKAPKAN FAIL-FAIL
 BERSAMA TEMAN DI DALAM KELAS PEMULIHAN



SESI PENGAJARAN MURID TAHUN SATU